Sabtu, 28 Mei 2011

Selamat Datang ke Industri Haji & Umrah


Assalamualaikum wm wbt,

Mungkin masih ramai yang belum menyedari bahawa Haji & Umrah bukan sekadar Ibadat, tetapi juga sebagai sumber rezeki dari Allah S.W.T yang halal. Namun begitu, jangan sampai terpesona dengan lubang-lubang rezeki dibawah naungan kaabah itu, hinggakan warga yang terlibat di dalam industri ini terleka kepada matlamat sebenar, iaitu membantu memudahkan urusan Ibadat Umat Islam ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Pihak kami bersyukur atas kurniaan Allah Taala dengan punca rezeki itu. Dalam masa yang sama kami tidak lokek untuk sentiasa berkongsi pengalaman, ilmu dan manfaat di dalam bidang ini, hingga rezeki yang seadanya ini dapat dikecapi banyak pihak.

Justeru, kami mempelawa kepada khalayak yang berminat untuk bersama dalam industri ini, walaupun masih baru dan "tak tahu apa-apa" agar bersama kami membuka satu era baru,mencari rezeki hasil percikan rahmat dari Kaabah yang mulia.

Blog ini adalah platform untuk melatih para petugas, wakil-wakil jualan dan pemasaran, para mutawif yang berganding bahu di bawah Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd supaya mereka sentiasa bersedia dengan seni yang terkandung di dalam industri ini.

Kami mengalu-alukan mereka yang berhasrat untuk menjadi Wakil Jualan Imtiyaz dari seluruh Malaysia dan anda dilatih bukan sekadar di alam maya seperti blog, email, website dan sebagainya malah sampai waktunya anda akan dikursuskan secara berguru.

Sekian sebagai muqaddimah.

Selamat berkenalan dan selamat belajar.